Motivasi dhuha.....
Mendorong Diri Sendiri
Apabila kita melakukan kesilapan, terima sahajalah bahawa melakukan kesilapan itu adalah suatu perkara yang normal. Semua orang yang normal melakukan kesilapan.
+ Jangan kesal. Jangan sesal. Kita sudah tahu kita silap, ya sudah! Jalan terus.
+ Jangan asyik memikirkan apa yang sudah berlaku. Jangan bercerita kepada orang lain. Jangan dedahkan aib sendiri.
+ Jangan bersedih. Jangan dikenang-kenang. Jangan malu dengan diri sendiri. Jangan mengutuk diri sendiri. Jangan menghukum diri sendiri.
.
Terlalu menyalahkan diri sendiri akan:
+ Menjatuhkan rasa hormat-diri dan yakin-diri. Kita menjadi malu menjadi diri sendiri.
+ Menjadikan kita terlalu takut dan khuatir akan tersilap lagi. Ini membuat kita takut mahu membuat pilihan dan keputusan.
+ Menyebabkan kita lebih mudah kecewa dan patah semangat.
+ Menyebabkan kita tidak pandai belajar dari kesilapan bagi meningkatkan prestasi akan datang. Kita cuma malu dan menyesal. Kita tidak belajar!
@NotaPnAinon

No comments:
Post a Comment