Sunday, February 7, 2016

Pelanduk punya angkara

07Feb2016.
Cuaca hari ini dari pagi sampai lah ke petang mendung kejap2 hujan.Wife ajak aku ke pekan tengok barang keperluan sambil-sambil tu bawak anak-anak,mak dan adik aku jalan-jalan..
Samapi lah petang sambil mkn-makan lupa nak solat zohor..aku pon bergegas balik ke rumah utk solat..
Sampai je kat rumah time tu aku tgok big bos ngah lepak atas sofa kat depan beranda rumah..selesai solat je big bos bg tau "jom balik kampung".
Aku heran dah time tu pehal lak tiba-tiba ajak balik kg ni..dah lah ajak balik 2 org je ngan die..
Rupa-rupanya die punya nak makan daging pelanduk sampai ajak aku balik petang tu jugak..adoiiiiyaii terpaksalah ikut die punya kemahuan kalau tak derhaka nama nya..

Bersambung..

Thursday, February 4, 2016

Dhuha

Motivasi dhuha.....

Mendorong Diri Sendiri

Apabila kita melakukan kesilapan, terima sahajalah bahawa melakukan kesilapan itu adalah suatu perkara yang normal. Semua orang yang normal melakukan kesilapan. 

+  Jangan kesal. Jangan sesal. Kita sudah tahu kita silap, ya sudah! Jalan terus.

+  Jangan asyik memikirkan apa yang sudah berlaku. Jangan bercerita kepada orang lain. Jangan dedahkan aib sendiri.

+  Jangan bersedih. Jangan dikenang-kenang. Jangan malu dengan diri sendiri. Jangan mengutuk diri sendiri. Jangan menghukum diri sendiri. 

.

Terlalu menyalahkan diri sendiri akan:

+  Menjatuhkan rasa hormat-diri dan yakin-diri. Kita menjadi malu menjadi diri sendiri.

+  Menjadikan kita terlalu takut dan khuatir akan tersilap lagi.  Ini membuat kita takut mahu membuat pilihan dan keputusan.

+  Menyebabkan kita lebih mudah kecewa dan patah semangat.

+  Menyebabkan kita tidak pandai belajar dari kesilapan bagi meningkatkan prestasi akan datang. Kita cuma malu dan menyesal. Kita tidak belajar!

@NotaPnAinon
Kredit : DASAR2016